Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Lirik Salammusik - Molek

Yang molek tak datang bergolek
Harus ditilik biar hilang jelik
Tak perlu solek nak nampak molek
Cukup sudah hatiku kau geletek
Biar yang molek pada bahasa
Tiada khuatir ku serah jiwa
Biar disimpul ikatan kata

Tiada gusar gundah gulana
Kau memang manis ya
Susuk tubuhmu menawan ya
Ragaku kau tawan ya
Terus dijaga jangan disia
Molek wajah biar molek bicara
Mata dipejam masih bisa rasa
Terlanggar tiang kukata takapa
Asalkan mata bertentang mata
Sayang

Engkau tak perlukan solek
Untuk kelihatan molek
Keaslianmu membuat hatiku tergolek
Sayang
Suaramu yang lembut
Buat hatiku berdegup laju
Mengenangkanmu di dalam pejam dan celik

Sayang
Molek kamu disetiap penjuru
Molek kamu aku yang tahu selalu
Pandang tak pernah jemu
Bila tersenyum tersipu malu
Molek kamu disetiap penjuru
Molek kamu aku yang tahu
Tak perlu cucuk sini sana

Tak perlu penawar nak nampak jelita
Tak mengapa
Kau tak perlu kisah
Ayuh guna mereka kata
Penawar ini nak naik seri wajah

Tak perlu senaman badan macam kerengga
Jangan sampai terpedaya oh sayang
Moleknya kau tak perlu ditayang
Biar yang faham akan terbayang
Siang malam terkenang kamu sayang
Engkau tak perlukan solek
Untuk kelihatan molek

Keaslianmu membuat hatiku tergolek
Sayang
Suaramu yang lembut
Buat hatiku berdegup laju
Mengenangkanmu di dalam pejam dan celik
Oh tidak
Tak perlu gincu
Tak perlu bedak itu

Kamu tak nampak buat kami keliru
Tak perlu cucuk sini atau cucuk situ
Tak perlu tindih gelang emas sampai ke siku
Rambutmu kekal hitam mayang
Lentikmu tak payah ditayang
Sayang aku makin gila bayang
Senyummu sayap buat aku melayang-layang
Wanita nusantara
Tiada tanding tiada tara

Ey!
Kalau cinta itu buta hati aku tumbuh mata
Ey!
Kena adab, kena adat, kena masa, kena caranya
Ey!

Tanya nama, tanya mana aku pergi tanya mama
Sayang
Engkau tak perlukan solek
Untuk kelihatan molek
Keaslianmu membuat hatiku tergolek
Sayang

Suaramu yang lembut
Buat hatiku berdegup laju
Mengenangkanmu di dalam pejam dan celik
Sayang
Big shoutout!
Kepada semua gadis-gadis Nusantara yang tiada tanding tiada taranya!
Dari Perlis ke Singapura
Brunei ke Indonesia! Yang molek!!